Sunday, February 14, 2010

C.E.M.B.U.R.U

Tips Cemburu

Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya

. Banyak jenis cemburu… ada yg positif & ada yg negatif. Bila kita cakap pasal cemburu ni, dah ramai yang menuding jari & mengaitkannya dgn kaun hawa. ramai beraggapan bahawa org perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, kita tak boleh nak tuduh diantara satu sama lain, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia, cuma kita perlu bijak dlm mngawal perasaa cemburu.

Dalam perhubungan memang terdapat sifat cemburu. Masalah timbul apabila pasangan yg cemburu ini mengugut utk memutuskan hubungan & pasangan rasa tergugat. ada pasagan sedar Bahawa sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tapi tidak mampu mengawalnya…

Apabila sedang di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat bahawa pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. adakah dia bersikap demikan untuk menlindungi kita atau dia akan mendatangkan masalah kepada kita? Kita boleh selidik tanda-tanda yang bolah kita perhatikan pada pasangan kita..

  • dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah & kecewa bila kita tiada.
  • dia menelefon kita semasa mesyuarat apapun alasan yg diberikan,dia tetap nak bercakap dgn kita. Sbb ingatkan ada hal mustahak,kita mungkin menjawab panggilanya tetapi merasa geram kerana dia hanya nak berbual.
  • dia menuduh sesuka hati bahawa kita telah keluar dgn lelaki/wanita lain.
  • dia selalu mengintip 7 mencuba mencari peluang utk mencari kesalahan kita.
  • dia hanya mahu kita sentiasa bersamanya & marah walaupun kita keluar dgn teman-teman wanita /lelaki lain.
  • dia tak suka pergi ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kita
  • dia menyoal seperti seorang POLIS,ke mana kita pergi & degnan siapa
  • dia bermasam muka biala kita kerja lebih masa
  • dia tidak peduli dgn penjelasan kita
  • jangan terkeju bila dia menggeledah beg tangan/beg duit kita utkmencari bukti samada kita bermain kayu tiga.

Cara-cara untuk mengatasi sifat cemburu ini…..

  1. terima hakikat bahawa sifat cemburu kita adalah masalah kita sendiri & kita bertanggungjawab mengatasinya sendiri. Fikiran tiada siapa yg boleh membuat kita cemburu. kita boleh mengawal fikiran dlm apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pada diri sendiri,bukannya orang lain.
  2. hormati perasaan pasangan kita. Seperti kita,dia juga mempunyai hak utk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dpt melakunya, kita sudah dpt mengatasi sifat cemburu.
  3. tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi,teruk sangkatkah kesanya kepada kita. Kita mungkin sedih,kecewa &marah utk sementara waktu sahaja tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dpt mengatasinya jugak.
  4. bagi diri sendiri masa untk mengatasinya. Jika kita mmg seorang yg cemburu, usah berharap kita boleh berubah dlm masa yg singkat.
  5. tuliskan apa perasaan kita bila kita merasa cemburu. Marah? Tidak menentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Rasa bersalah? atau bertindak kasar? Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dgn cara ini?
    Jika jawapannya tidak, maka cepatlah berubah.

Tips utk mengawal pasangan cemburu…

  • jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jgn terbawa2 dgn sifatnya,mungkinkita tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja dpd terus menyemarakkan kemarahnya.
  • terima hakikat bhw dia tidak berniat utk melukai hati kita. Mungkin ini sifat semulajadi & jgn ambil hati
  • cuba sedaya upaya utk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu, minta nasihatnya & salurkan rasa cinta. Tunjukkan rasa sayang walaupun dia tidak sama spt org lain.
  • jgn berpoya-poya dgn wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yg berterusan.
  • berbincang dgn pasangan tentang perasaan cemburunya
  • jika telah sedaya-upaya & pasangan tetap tidak boleh mengawal cemburunya. kauseling mungkin jln terakhir utk menyelamatkan hubungan..

No comments:

Post a Comment