Saturday, December 26, 2009

ALONG WEDDING

actually diorang ni kawen bulan 10 aritu lagi...
kalo x clap la..tp baru arini ai nak cite...
along nie..bukan la abg ak...tp anak kepada anak angkat mak ak...
diorg nie kawen kat wangsa maju...
kawen pon ngan ctu jgak..
kire ni kes berchenta dari zmn skolah la ni..kotttt...
huhu...
yang beznyer psal wedding diorng ni coz...
de spesel guest yang dtg...
pengantin sndri pon x sangka sbnernye...
coz dis guest dtg pon da mlm...
emmm...nak tau x sape spesel guest tu......????



jengjengjeng.....









DYMM TENGKU FAUZIAH...(RAJA PEREMPUAN PERLIS)

kalo nak tau lagi korag layan la pic2 nie...maleh la nak tulieh pjg2

dari kiri: kak ita(mak pengantin laki, along ,DYMM dan along wife)



sesi mengmas

hallu..
lamer gler x update...
windu kat blog nie...hikhik
emmm..
now nak kene kemas lek hbuk yang da bertempek kat cni....
haha...
emmm byk gyler story yang pending...
sabar ek...nati ai post satu2...
(feeling samarinda....kehkehkeh...)

Saturday, July 18, 2009

weekend...

hoho...arini nak g tgk muvie la....
emmm...nak tgk skrip 77707...
nak jerit kuat2...kasi taik talinge org sblh gugur...
lallalala

cite sedey...jubah putih utk ibu

harap leh jadi teladan...aku sendiri sedih sgt baca cerita nih


“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya
bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar.. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf
daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana akitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya
seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along
merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih
mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya. Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.




Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil
ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini
kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira.. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli
jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga
kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat
rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi.. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.



Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan
sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam
pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu
dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam.
Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.





-kadang-kadang hanya orang yang bijak saja di beri perhatian sedangkan yang kurang bijak kadangkala lagi punya hati yang suci. Niat baik kadangkala di salah tafsir..-



p/s: selamat membaca. Renung-renungkan dan selamat beramal :P

Tuesday, June 9, 2009

award lagi



Ni lar new award yang ak dapat dari dieya..thankz dieya..tag nie datang skali ngan tag…tapi tag tu nati lar eh ak wat...non ade idea lorrr..hukhuk

spesel entry for my little bro


Dis entry spesel tol adik ak yang sambut bezday yang ke 17 arini..9 June 2009.. dier nie da only one adik yang aku de…actually ak x bpe ngam ngan adik ak nie coz dier nie very manje….huh…tp pe2 pon ak tetap syg ngan dier…kalo dier x de kat umah cam bosan plak coz x de memb nak gaduh….lalalala…so to my bro…meh cni akak nak pesan…

Blaja rajin2…taun ni ko spm,engat sket…n harte benda ak yang ko cilok tu ko jage bek2…ak halal kan sume benda tu…n im so sory bcoz slalu marah2 ko…sbb ko nie maha degil lar…tensen gue….



hepy birthday mum!!


Hepy birthday to u….hepy birthday to u..hey birthday to my mum….hepy birtday to u…

Let’s clap ur hand together….huhu…arini 4 June 2009.genap umor mak ak 60 tahun…

So dkesempatan ini ak nak story sket pasal mak ak kat korang….

Mak ak nie lahir pada 4 june 1949 kat Kg. Perak, Batu Kurau…mak ak nie dua bradik jer…mak ak de sorang abang (arwah) name Osman…mak ak kawen ngan ayah ak tahun 1969 mase tu umor mak ak 20 tahun…n ayah ak umor 23…ayah ak keje askar wataniah time tu..hasil perkongsian idup mak n ayah ak dapat lar anak2 yang cute seramai 7 org…iaitu:


3/1/1971 -Rosdi(abg ak yang sulong..garang sket)

25/9/1972 -Roslan(angah ak yang mmg sempoi..)

26/9/1974 -Rosli(abg yang plg rapat ngan ak dolu..pas kawen da kureng sket)

19/10/1975 -Roshasmi(alim wo abg ak yang nie…)

14/11/1979 -Roshisham(abg paling sewel n sasau)

29/2/1988 -Rosnorzirah(ak lar…sekutum mawar merahhh)

9/6/1992 -Muhd ridzuan(adik yang suke bg ak nangis)


Mase tahun 1973 mak n ayah ak dapat duk kat felda trolak selatan nie…tp mase tu mak ak kate susah gyler sape yang masuk felda…umah kecik gyler..(umah moyang ak besar gyler wehhh..bley men bola dlm umah tu…)letrik n air kompon xdok ler…nak mandi g sungai..mlm2 plak pelita jd teman…da lar mase tu komunis de lagi kt area tg malim- tapah..(bukak buku sejarah f4 kot kalo nak tau)..hnya org yang sabar n tabah jer sanggup bertahan duk kat felda…ramai gak yang x sanggup n blah…tp seb bek jgak mak n ayah ak x blah..kalo x xtau lar kat ne ak skrg nie…now felda da by brubah…anak2 felda pon ramai da Berjaya..thankz for allahyarham tun abdul razak yang bg idea bukak felda…n now diteruskan oleh anak dier plak datuk najib…(ni bukan politik okeyyyyy…)…akan ku kenang jasamu sampai bile2….k sambung balik psal mak ak td….hehe…emmm now abg2 ak sume da kawen, so….atomatik mak ak dah de 5 org mnantu pompuan…huhu…


Menantu 1 – Syariza Bt Che Long –Klate

Menantu 2 - Mawar Bt Abd Rahman –Melaka

Menantu 3 - Husazniza bt Hj. Hussain – N9

Menantu 4 - Noreen Norasyikin Bt Amin Nordin –Selangor

Menantu 5 - Rafidah Bt Abd Kadir - Perak

Menantu 6 - coming soon…na na na na na..ganu kite…kuikuikui

so korang layan lar pic ak n mak ak...



P/S: yang u kene hafal mende nih…awas u kalo x hfal ekkkk

NEW BABY

Aritu kan ak de bgtau yang ak nak balik kg coz sepupu ak kawen kan..mase ak balik tu..tup2 my cousin yang sebaye ngan ak tu da bersalin, dier kene operate coz dier x bley nak push time besalin tu…ngeri plak ak dgar citer dier…emmm… dapat baby gurl..sgt comey cam ak…huahuahua..name baby dier NUR SYAZA ALEESYA BT MUSTAZA nak jgak name aleesya tu…(dier curik nme baby ak weh…erra pon same curik nme baby ak)huh….muke baby dier tu sejibik ikut muke bapak dier…mmg anak bapak lar…huhu…geram gler ak ngan esya nie..rse cam nak geget2 pipi dier…ishh…seb bek ibu dier ade..kalo tak..awas ko esya!!!!huhu…

Now bertambah lg lar cucu mak su ak yang rock nie…bulan 8 nie dapat lagi, anak kak long yati..n ujung tahun plak kak ngah fiza plak bersalin…padan muke mak su x bley holidayz coz kene jage cucu..lalala

…pic baby esya nati ak upload…enset ak wat hal lar plak…


Wednesday, May 27, 2009

AWARD

Thankz dieya coz bg ak award nie...t bg lar lagik ek...huhuhu..



CEMBURU


Sifat cemburu ni adalah naluri manusia yg sememangnya amat sukar nak dibendung. Byk gak jenis cemburu... ada yg positif & ada yg negatif. Bila kita ckp pasal cemburu ni, dah tentu ramai yg menuding jari & mengaitkannya dgn kaum hawa. Ramai beranggapan bhw org perempuan ni kuat cemburu. Sebenarnya dlm soal ni, kita tak boleh nak tuduh sesapa pun, samada lelaki mahupun perempuan. Sifat cemburu ni ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dlm mengawal perasaan cemburu tu. Jadi pikir2kan lah yg mana baik & yg mana buruk.

Dlm kebanyakan hubungan mmg terdpt sifat cemburu. Masalah timbul apabila pasangan yg cemburu ini mengugut utk memutuskan hubungan & pasangan rasa tergugat. Ada pasangan sedar bhw sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tapi tidak mampu mengawalnya. Mereka rasa apa yg mereka lakukan itu betul. Mereka sentiasa ingin tahu apa yg dilakukan oleh pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku.

Apabila sedang di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat bhw pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian utk melindungi kita atau dia akan mendtgkan masalah kpd kita? Ok, mari kita siasat & selidik tanda2 cemburu yg boleh kita perhatikan pada pasangan kita.

1. Dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah & kecewa bila kita tiada.

2. Dia menelefon kita semasa sedang mesyuarat & apapun alasan yg diberikan, dia tetap nak bercakap dgn kita. Sbb ingatkan ada hal mustahak, kita mungkin menjwb panggilannya tetapi merasa geram kerana dia hanya nak berbual je.

3. Dia menuduh sesuka hati bhw kita telah keluar dgn lelaki/wanita lain.

4. Dia selalu mengintip & cuba mencari peluang utk mencari kesalahan kita.

5. Dia mengugut membunuh diri jika kita meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu kita sentiasa bersamanya & marah w/pun kita keluar dgn teman2 wanita/lelaki lain.

7. Dia tidak suka pergi ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kpd kita.

8. Dia menyoal spt seorg polis, ke mana kita pergi & dgn siapa.

9. Dia bermasam muka bila kita kerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli dgn penjelasan kita.

11. Jgn terkejut bila dia menggeledah beg tangan/beg duit kita utk mencari bukti samada kita bermain kayu tiga.

Sekarang mari kita belajar cara2 nak mengatasi sifat cemburu ni..

1. Terima hakikat bhw sifat cemburu kita adalah masalah kita sendiri & kita bertanggungjwb mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yg boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dlm apa bentuk situasi pun.
Ingat, pilihan terletak pd diri sendiri, bukannya org lain.

2. Hormati perasaan pasangan kita. Spt kita, dia juga mempunyai hak utk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dpt melakukannya, kita sudah dpt mengatasi sifat cemburu.

3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sgtkah kesannya kepada kita. Kita mungkin sedih, kecewa & marah utk sementara waktu shj tetapi tidaklah sampai mati.
Lambat laun kita akan dpt mengatasinya juga.

4. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita mmg seorg yg cemburu, usah berharap kita boleh berubah dlm masa yg singkat.

5. Tuliskan apa perasaan kita bila kita merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Rasa bersalah? atau bertindak kasar? Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dgn cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat2 lah berubah.

6. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita drp org lain? Teruk sgtkah dia bila dia senyum pd seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiripun pernah tersenyum pd wanita/lelaki lain?

7. Ramai org yg mempunyai perasaan & masalah cemburu suka menyalahkan org lain. Mereka kerap mencari kesalahan org lain & mahu pihak yg satu lagi mengubah sikap tetapi dlm masa yg sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat bahawa kita manusia sebenarnya tidak sempurna.

8. Bagaimana erat pun hubungan anda berdua, terima hakikat bhw masih ada lelaki/wanita lain yg lebih cantik/tampan, bijak & baik. Jadi jgnlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dgn penuh kegembiraan. Jgn biarkan hubungan kita goyang dgn imaginasi kita yg karut.

9. Bina keyakinan diri. Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kpd pasangan. Luaskan persahabatan dgn org lain.

10. Jika rasa cemburu kita sdg memuncak, bayangkan apa yg akan berlaku jika kita melepaskannya kpd pasangan kita. Contohnya jika pasangan dinaikkan pangkat & mempunyai seorg setiausaha yg cantik, kita patutnya ucapkan tahniah & bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dgn sesiapa, dia tetap akan buat tak kira la samada kita cemburu ataupun tidak. Cemburu tidak akan dpt menghalang mereka.

Cemburu boleh menghancurkan sesebuah hubungan yg mesra. Tetapi jika kita dpt melihat tanda2 awal cemburu, kita boleh bertindak cepat agar ia tak merebak. Jadi mari kita ikuti pulak tips bagaimana nak mengawal keadaan kiranya mendpt pasangan yg cemburu.

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jgn terbawa2 dgn sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja dpd terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Terima hakikat bhw dia tidak berniat utk melukai hati kita. Mungkin ini sifat semuladinya & jgn ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya kita utk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu, minta nasihatnya & salurkan rasa cinta kita. Tunjukkan kita menyayanginya w/pun dia tidak sama spt org lain.

4. Jgn berpoya2 dgn wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar.
Apa yg dia perlukan adalah sokongan yg berterusan.

5. Berbincang dgn pasangan tentang perasaan cemburunya.

6. Jika kita telah berusaha sedaya upaya & pasangan tetap tidak boleh mengawal cemburunya, kaunseling mungkin jln terakhir utk menyelamatkan hubungan kita berdua.

motif????...hanya 'dia' yang tahu.....

INFO YANG DA BASI KOT.

Would you like to know if your mobile is original or not ?????

Press the following on your mobile *#06# and the-international mobile equipment identity number appears. Then check the 7th and 8th numbers:

1 2 3 4 5 6 7 th 8 th 9 10 11 12 13 14 15
Phone serial no. x x x x x x
? ? x x x x x x x



IF the Seventh & Eighth digits are 02 or 20 this means your cell phone was assembled in China which is low quality

IF the Seventh & Eighth digits are 08 or 80 this means your cell phone was manufactured in Germany which is fair quality

IF the Seventh & Eighth digits are 01 or 10 this means your cell phone was manufactured in Finland which is very Good

IF the Seventh & Eighth digits are 00 this means your cell phone was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality

IF the Seventh & Eighth digits are 13 this means your cell phone was assembled in Azerbaijan which is very Bad quality and also dangerous for your health

T707

SONY ERICSSON PHONE

HOLIDAYZZ

Yeahaaa…berakhir sudeh azab aku, now mase tok format balik otak ak yang dah biol nie…lalalala…sem ni ak cuti 2 bulan lbey weh..ak start cuti from 27/5 – 6/8. hah pe lagi copet lar kiro bape ari aku bley gunekan mase tu tok membesarkan bdan ak…(but myderest x bg ak besarkan badan…emm, nanti berat eh nak dukung yang??)hahahaha….bcoz of my dearest x bg ak membesarkan bdan, ak decide nak keje lar cuti nie…tp cam x bape nak jadi jer coz ramai lar plak sedare n jiran2 ak nak kawen…adoyai, kalo da diorg nak kawen ak haruslah menyibukkan diri ak nie….bukan ape t time ak kawen diorg engat lar…x dtg tolong pon x pe, janji dapat meriahkan majlis kan yang??…opppsss, tetibe plak kan…huuhu

Emm…for 1st plan is balik taiping coz my cousin kawen..pastu g penang plak..pas abes kenduri tu balik trolak balik coz my jiran kawen lar..pastu balik taiping balik, pastu g pahang plak n isyallah ktorg g t’ganu plak..emmm penat2…

Cite psal kawen nie kan ak skrg rase cam x bez plak nak balik taiping coz sume cousin2 da kawen…da de komitmen tok family diorg…ak sowang jer yang blom kawen plus ngan budak2 yang bawah umor lar…so kalo nak p meronggeng mlm2 kat tmn tasik cam dolu2 da xbape nak dapet, aduhh bosan weh…haihhhh, yanggg jom kawen….!!!!!(harus ak kene tampo laju2 ngan mak ak nie)emm…so motip cite nie juz nak bgtau korang ak cuti lamer……hakhakhak

p/s:segala story about kawen2 nie akan di postkan dari semasa ke semasa…so stay tuned ek

I’M BACK


Holla…fuh…fuh…berabuk blog ak nie..

Emm.. lame tak mencurah prasaan kat cni kan.

Sory lar..b4 ni busy sgt2 ngan muet n final exm…now, sume da settle…ngah berdebar tunggu result kuar lar plak…emmm ak rase dah 5 sem ak blaja nie..sem ni sem yang plg seksa nak abeskan…n sem yang plg menggerunkan..coz b4 ni ramai senior2 ak yang kene xtand sem pon coz sgkut kat paper2 sem ni lar… ni ha senarai paper yang ak amik tok sem nie..

  • Financial Account 3 (FA3)
  • Mgn Account (MA)
  • Tax
  • Malaysian Audit 1

Emmm…4 paper jer pon tp rese cam amik seploh paper…every nite ktorng tdo kul 4-5 pagi…mmg mereng otak ak…lalala

Now nak cite pasal muet plak…

Ak rase everthg ok KECUALI…(over tau bold kan plak…hehe)..paper listening...

Mmg hampeh gilos…satu hape ak x dengar pe yang diorang cakap..(bukan ak jer…sume dak2 yang duk kat exm room ak pon same)..bikin panas gyler…da r exam lewat sejam dari jadual asal…adoyai…mmg ramai gyler yang antar paper kosong tapi not me..hehe..(gyler blagak minah nie..)..coz aku rase cam rugi plak x tulis pape kat paper tu…so ak pon dgan kepakaran menggoreng yang ade..dengan pantas dan tangkasnyer menggoreng ayat2 yang ak sendri x fham pe yang ak tulis..hahahha…(giler keji kan)…x kisah lar.at least ak wat jugak kan, ne lar tau kot2 sangkut jugak 2@3 mark….bak kate org 1 is better than 0…(pandai2 je ak cakap camtu)….paper plg best plak bg ak paper speaking..cos ak punyer examiner , teacher ak mase form 6 dlu…mrs. Mariam…mmg sgt xcited ak dok tibai speking sampai ak rase mase yang diorang bg tok every person speak tu x cukup …muahaaha (poyo’s)..emmm okey lar…ak da x de idea nak tulis nie…nanti kalo de new story ak post lagik ek…bye….

p/s:kalo nak bace story yang da jadik mase ak dok busy ngan exm ritu sile pg ke blog eija n eifa coz diorg x amik exm cam ak…

Sunday, May 10, 2009

sowi

hye...
sowi lamer x update....emm, skrang nie ngah busy la ngan MUET & FINAL EXAM...
t ble da free i update yerk....
hehe....

Sunday, April 26, 2009

TESTING.....TESTING

halluuu...
emmm saje nak testing jew nie...ist n3 lar katekan...huhu...tq to my dearest fwenz yang same tolong aku realisasikan (pergh...ayat x hengat...) blog ak sndri...
actually da lamer ak berminat nak wat blog nie.... juz b4 nie...cam x bape nak ready...tp ble da asik dok jenguk blog orang jer...ne bley jadi kan???so...tercipta lar...www.myzieracorner.blogspot.com...Lakaran Memory...
kalo nak bace n3 ak yang laen...slalu2 lar singgah dis corner okey.....