Tuesday, January 4, 2011

MY NEW BF 2011

MY ANNIVERSARY

28/12/2008-28/12/2010

genap 2 tahun kitorang kapel...
hope ikatan ni kekal hingga ke akhir hayat....



and aku dapat adiah anniversary ni..hehe..sukeeeeeee..





thankz my dearest...
MOHD ARNAIM RAFEEZ BIN MOHAMAD


LUV U DAMN MUCHHH!!!

WELCOME MY NEW BF

haha..tajuk nak kontroversi je kan..emm..bf aku cite pasal my new bf tu..aku cite dulu la pasal tempat aku cari rezeki skrg ni..emm.aku dah tulis kot dlm entry b4 ni yang aku dapat keje baru tu..
...emm...xpelah..meh aku cite lagi ye...

ha..ni la tempat keje aku skrg (ni gambar HQ)...






ni plak..pic big2 bos aku...




tp aku xdelah keje kat HQ..ku just keje kat cawangan je..n aku pun diletakkan ke anak syarikat yapeim ni..YaPEIM ENTREPRENEUR CENTER (YEC)..aku start keje (mean lapor diri la) 21 MEI 2010...n now ..dah 7 bln ++ aku keje kat cni..(sekejap je kan..)...
kalo nak cite pasal perjalanan b4 aku dapat keje ni..mmg menarik la..nantilah kalo aku ade mase aku cite ekkk..huhu...
btw aku nak ucapkan terima kasih byk2 pada sume fmly n also my dearest bf aku coz actually diorg ni la yang byk sgt2 tlg aku..
n kalo korang nak tau..my bf yang anta n temankan aku mase aku nak g interview kat HQ YaPEIM tu....tu pon setelah briye2 dier pujuk n pakse aku suh pegi jugak interview tu coz mule2 tu aku cam x confident lgsg nak pg...kehkeh
dier sanggup amik cuti coz nak anta aku p interview..dah la x tau jln bagai (sampai my bf pinjam gps budak umah dier...huhu) klaka sgt time tu..poyo jerk sampai gune gps bagai..walhal jln nyer senang gyler kot (HQ YaPEIM kat Jln Kg. Attap KL) ...janji nak gerak kul 6 tp hampehhh..kul 7 gak la baru gerak..dah la x sempat nak bekpes bagai...(padan muke sape suh lambat) ...n kalo iktkan interview kul 8.30 tp hampehhh..aku sampai kul 8.40...n aku org yang ke 3 kot sampai..huhu..
1st interview...aku kene ngadap 4 org...TKP (Tn. Hj. Mokhtar), En. Hussein, Pn. nurlida n Pn. Rozana...mcm2 la yang diorg tnye..tp yg pelik satu pon xde diorg tnye pasal YaPEIM (penat je aku hafal last minit pasal yapeim)... pas aku dah potpet...bla..bla..bla... ngarut dalam tu..tetibe diorg bgitau..ok ktorang berpuas hati dgn awak..n awak diminta untuk dtg balik pukul 3 ni tok 2nd interview....
Ya Allah..ade lagi rupernyer..ingatkan dah lepas...mase tu jam baru pukul 11 rasenyer..lame oo nak kene tnggu ni....pas kuar tu aku cepat2 p cari bf aku..bgtau dier aku dah lepas 1st interview n kene tggu tok 2nd interview plak...pastu terus kol mak, ayah n abg dee aku...
pas dah inform kat diorag sume..aku ajak bf aku g mkn dulu..lapo weh..pastu terus menapak nak monorail p times square...huhu...pas pusing2 tu..dlm kul 2.45 camtu terus p HQ YaPEIM balik for 2nd interview...lepak2 dulu kat lobby tu ..n dlm kul 3.30 camtu Pn. Rozana pggil...opsss..lupe nk bgtau..mase 1st interview tu ade dlm 20 org jugak la..n yang lepas tok 2nd interview ni just 4 org je...alhamdullillah..aku salah sorang dari 4 orang tu...huhu
2nd interview ni plak ktorang kene ngadap KP@Ketua Pengarah Yapeim@Dr.Hj. Abd Malek..fuhhh..berdebar jantung den...n secara kebetulan jugak dlam tu ade En. Yusuf (salah sorang ALP jugak)...pas pungpang2 dok brcakap..terus KP tu ckp tahniah la..saya berpuas hati dgn awak..huhu...n kuar dari bilik KP ..Pn.Nurlida bgtau next week dah kene lapor diri..yuhuuuuu...
n sekarang ini lah kerjaya aku..huhu...


eh..tp rasenyer cam nak cite pasal new bf kan...haha..xpe2 next entry aku cite ye pasal new bf aku tu...

new mood on 2011

(pic from en. google)


wah..lamer gyler kot aku x nyemak kat blog ni..ngehngeh.. busy weh ( busy berchinta)...maklumlah wanita bekerjaya (bekrjaya la sgt kan....) ..kuikui...
2010 dah pon berlalu..skejap je rasenyer..emm..alhamdulillah azam taun lepas dah pon tercapai..ngeh..ngeh..azam taun ni??

  • nak continue study (amik pjj jer)
  • nak settle utang(ptptpu....)
  • nak ubah sume tabiat buruk....(pas ni kene rajin masuk dapur..masak)
  • emm..nak bertunang....(oh gatalnyer hakuu...)
  • nak rajin hapdet blog...(yakin boleh!!!)
  • and....ade la a few lagi.. (xbley habaqq..sat g kecohh)
ade byk lagi nak hapdet ni..next entry plezzz!!!!

Thursday, October 21, 2010

Adolf Hitler


Siapa yang tidak kenal dengan Adolf Hitler.. Seorang diktator dan pemimpin Nazi paling berpengaruh di dunia.. Beliau dianggap sebagai seorang yang sangat kejam. Di sini saya ingin kongsikan bersama sahabat sekalian apa yang kita tidak tahu mengenai Hitler. Benarkah prinsip perjuangan Hitler berlandaskan ISLAM dan berpandukan Al-Quran? Artikel ini saya perolehi daripada seorang rakan. Artikelnya bermula di sini.....

**************

Penghormatanku kepada Lelaki Agung, Adolf Hitler. Semoga ada sepertinya pada zaman ini...


Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler?

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab:-

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu menunggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...



Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...




Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku, bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mengatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Mungkin kita boleh renungkan ungkapan emas daripada beliau yang diambil dari sebuah keratan akhbar... dan kita sudah hampir dapat jawapannya sekarang...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Sejauh mana kebenaran cerita di atas, hanya ALLAH yang tahu. Semoga kita semua beroleh manfaat. InsyaAllah...

Wednesday, October 20, 2010

Kenapa Yahudi Bijak.....???


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendiakawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama diperhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, contohnya ketika bertasbih atau meratib. ini juga dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar muzik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg bodoh dan bebal dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negera Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bebal? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of Sciences UIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

Sunday, February 14, 2010

C.E.M.B.U.R.U

Tips Cemburu

Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya

. Banyak jenis cemburu… ada yg positif & ada yg negatif. Bila kita cakap pasal cemburu ni, dah ramai yang menuding jari & mengaitkannya dgn kaun hawa. ramai beraggapan bahawa org perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, kita tak boleh nak tuduh diantara satu sama lain, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia, cuma kita perlu bijak dlm mngawal perasaa cemburu.

Dalam perhubungan memang terdapat sifat cemburu. Masalah timbul apabila pasangan yg cemburu ini mengugut utk memutuskan hubungan & pasangan rasa tergugat. ada pasagan sedar Bahawa sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tapi tidak mampu mengawalnya…

Apabila sedang di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat bahawa pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. adakah dia bersikap demikan untuk menlindungi kita atau dia akan mendatangkan masalah kepada kita? Kita boleh selidik tanda-tanda yang bolah kita perhatikan pada pasangan kita..

  • dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah & kecewa bila kita tiada.
  • dia menelefon kita semasa mesyuarat apapun alasan yg diberikan,dia tetap nak bercakap dgn kita. Sbb ingatkan ada hal mustahak,kita mungkin menjawab panggilanya tetapi merasa geram kerana dia hanya nak berbual.
  • dia menuduh sesuka hati bahawa kita telah keluar dgn lelaki/wanita lain.
  • dia selalu mengintip 7 mencuba mencari peluang utk mencari kesalahan kita.
  • dia hanya mahu kita sentiasa bersamanya & marah walaupun kita keluar dgn teman-teman wanita /lelaki lain.
  • dia tak suka pergi ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kita
  • dia menyoal seperti seorang POLIS,ke mana kita pergi & degnan siapa
  • dia bermasam muka biala kita kerja lebih masa
  • dia tidak peduli dgn penjelasan kita
  • jangan terkeju bila dia menggeledah beg tangan/beg duit kita utkmencari bukti samada kita bermain kayu tiga.

Cara-cara untuk mengatasi sifat cemburu ini…..

  1. terima hakikat bahawa sifat cemburu kita adalah masalah kita sendiri & kita bertanggungjawab mengatasinya sendiri. Fikiran tiada siapa yg boleh membuat kita cemburu. kita boleh mengawal fikiran dlm apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pada diri sendiri,bukannya orang lain.
  2. hormati perasaan pasangan kita. Seperti kita,dia juga mempunyai hak utk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dpt melakunya, kita sudah dpt mengatasi sifat cemburu.
  3. tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi,teruk sangkatkah kesanya kepada kita. Kita mungkin sedih,kecewa &marah utk sementara waktu sahaja tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dpt mengatasinya jugak.
  4. bagi diri sendiri masa untk mengatasinya. Jika kita mmg seorang yg cemburu, usah berharap kita boleh berubah dlm masa yg singkat.
  5. tuliskan apa perasaan kita bila kita merasa cemburu. Marah? Tidak menentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Rasa bersalah? atau bertindak kasar? Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dgn cara ini?
    Jika jawapannya tidak, maka cepatlah berubah.

Tips utk mengawal pasangan cemburu…

  • jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jgn terbawa2 dgn sifatnya,mungkinkita tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja dpd terus menyemarakkan kemarahnya.
  • terima hakikat bhw dia tidak berniat utk melukai hati kita. Mungkin ini sifat semulajadi & jgn ambil hati
  • cuba sedaya upaya utk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu, minta nasihatnya & salurkan rasa cinta. Tunjukkan rasa sayang walaupun dia tidak sama spt org lain.
  • jgn berpoya-poya dgn wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yg berterusan.
  • berbincang dgn pasangan tentang perasaan cemburunya
  • jika telah sedaya-upaya & pasangan tetap tidak boleh mengawal cemburunya. kauseling mungkin jln terakhir utk menyelamatkan hubungan..